Wednesday 25 January 2017

Update Kabinet Pinggan Mangkuk

Assalam & hye...
Entri sebelum ni saya ada cerita samaada nak beli atau tak set pinggan baru sini. Setelah berfikir sedalam-dalamnya cewahhh... tolak bahagi campur semua. Akhirnya terpaksa mengalah, beli juga set pinggan yang baru untuk puaskan nafsu haloba.  Bukan apa, kalau nak buat apa-apa majlis, senang sebab dah ada banyak set pinggan mangkuk kan? errrr.. Saya beli Brand IKEA je, saya bekenan satu set pinggan tu, warna pastle pink. Memang tak pernah ada pun set warna pink,walaupun peminat warna pink. Hairan ya ? =)  so kali ni kita beli huhu.
Balik dari IKEA, terus sepahkan dapur. Keluarkan segala pinggan dalam lemari. Oh, lupa nak cakap saya ada beli insert shelf putih IKEA tu, untuk manfaatkan segala ruang yang ada dalam kabinet ni. Sebelum beli apa-apa barang untuk kabinet, saya akan plan dulu apa yang saya nak beli dan fikirkan cara yang sesuai untuk menggunakan seluruh ruang. Taknak ada pembaziran sebab ruang yang saya ada tak banyak, jadi kena pandai manfaatkan ruang. Shelf ni sangat membantu sebenarnya. Daripada hanya ada dua ruang, dengan bantuan shelf saya dapat empat ruang ( senyum puas hati =) )
Kosongkan almari dan lap apa yang patut. Lepas tu masukkan Insert shelf dan susun je pinggan-pinggan dan magkuk. So hasilnya macam ni


Saya buat dua bahagian, taknak campur-campur. Bahagian atas set warna pink, bhagian bwh set warna putih. Saya suka, time hidang makanan pinggan mangkuk sama color tak suka campur-campur huhu. Anyway happy sangat sebab dah ada set warna pink yeayyyyy...

Oh ya, saya ada project terbaru untuk sinki, nanti dah siap saya shared till then xoxo

No comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.