Sunday 22 January 2017

Koleksi Pinggan

Assalam & hye..
Perlu tak dalam rumah ada set pinggan mangkuk banyak? Keperluan atau kehendak?? Selama ni sejak berkahwin dan duduk rumah sendiri, saya hanya ada satu set sahaja pinggan mangkuk. Itu pun beli beberapa bulan sebelum kahwin. Persediaan awal katanya, tapi persediaan awal tu lah yang banyak membantu sebenarnya. Sebab lepas kahwin memang banyak nak pakai duit, dulu belanja untuk diri sendiri, lepas kahwin kena pikir belanja untuk rumah dan sebagainya.
Set pinggan saya ada ni je, setakat ni memang cukup sangat sebab kami hanya tinggal berdua, cuma sesekali keluarga datang melawat memang keluar lah pinggan-pinggan ni. Tapi baru saya perasan yang pinggan size besar tu hanya ada 12 saja, yang lain semua pinggan size yang kecil dan rasanya tak sesuai nak makan nasi dengan pinggan kecil kan ( alasan nk soping pinggan ) Saya tertarik sangat dengan koleksi pinggan yang pelbagai kat gambar bawah ni



Sedang pertimbangkan untuk beli lagi set pinggan yang lain huhu. Beli ke tak... beli ke tak...... till then xoxo

No comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.