Tuesday 20 December 2016

Living Room Tour ( Part 2 )

Assalam & Hye
Entri sebelum ni saya ada cerita sikit pasal deko kat ruang tamu saya (sini)  Saya ada cakap nak tambah beberapa item untuk ruang tu.  
Memandangkan ada rezeki lebih, minggu lepas saya ke Ikea dan beli side table untuk padankan dengan sofa yang saya beli sebelum ni. Selain tu, saya beli juga beberapa item lain untuk deko atas side table dan coffee table tu. Coffee table tu macam kosong sangat, ingat nak tambah tray atas tu. Saya suka idea letak tray atas meja. Saya banyak survey gambar kat pinterest dan rasa menarik sangat idea tu.




 Saya tambah satu tray dan beberapa candle holder warna emas. Nampak naik sikit ruangan ni.


Side table tu saya deko ringkas je memandangkan ruangnya pun kecil. Jadi guna tray kecil pun dah cukup. Untuk ruang menonton kami pisahkan dengan partition ni. Kami letak satu sofa dan Insyallah nak beli satu lagi side table nanti. Tengah survey side table apa yang sesuai. Saya nak side table kecil je nak letak sebelah sofa tu.
Till then xoxo

No comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.