Tuesday 29 November 2016

Wall Key Holder/Tempat gantung kunci

Assalam & hye
Memang dah lama sangat nak gantikan tempat gantung kunci kat rumah tu. Puas juga cari gambar kat google, cara untuk DIY dan cari juga tempat gantung kunci yang comel kat kedai-kedai. Buat masa ni memang tak ada yang bekenan di hati. Selama ni kami gantung kunci guna tempat gantung macam ni
Rasanya dah lebih lima tahun saya beli dan dah nampak buruk sangat-sangat. Sedih tiap kali nak gantung kunci haha. Mulanya nak cari yang simple je, tapi ada satu hari tu tengok gambar kat pintres bekenan dengan idea entrywaylebih kurang macam ni.


Tapi memandangkan ruang nak gantung kunci tu terhad dan belakang pintu pula tu memang tak sesuai lah kalau nak buat macam ni huhu. So saya fikirkan idea lain. Saya taknak dah gantung-gantung kunci kat wall nampak serabut. Saya suka idea gambar di atas ni, tapi memang takde ruang nak letak apa-apa almari kat situ, so solution nya gunakan wall shelf. Mulanya nak warna putih tapi cari di Ikea Damansara dan Cheras shelf yang saya nak tu takde, so automatik tukar color hitam dan putih. Saya beli wall shelf, cermin, pasu comel, bunga hiasan dan bekas comel untuk simpan kunci.
Balik je dari Ikea tak sabar-sabar minta tolong Shahrul pasangkan rak tu. So hasilnya
 Saya suka sangat tema hitam dan putih macam ni.

Saya asingkan semua kunci, satu untuk saya, satu untuk shahrul dan satu lagi untuk kunci yang jarang kami gunakan. Senang asingkan supaya Shahrul tak tercari-cari. Nampak kemas sikit macam ni dari gantung kat wall.Saya tengah siapkan projek makeover ruang meja makan. Kami dah tukar lampu dan dekorasi di situ, nanti saya share prosesnya.  Till then xoxo

No comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.