Monday 8 August 2016

Depan Manis macam gula.....

Assalam & hye
Pernah tak korang rasa down bila dengar kawan or adik beradik or sesapa lah bercakap pasal korang di belakang???? Means benda tak baik la, then bila orang yang dengar tak selidik dulu then serang korang, mesti rasa down sangat kan?? Tak tanya dulu, tak siasat. Bulat-bulat percaya kata orang dan Judge kita macam dia Malaikat. Depan manis sangat tapi kat belakang macam duri dalam daging. Lepas kita dapat tahu dia cakap macam-macam yang menyakitkan, boleh pulak pura-pura nak buat baik dengan kita. Saya bukan jenis talam dua muka so saya tak boleh nak hipokrit nak bermuka manis dengan dia. Saya jenis susah rasa tak suka kat someone, tapi kalau dah betul-betul tak suka memang tak kan suka sampai bila-bila. Urmmmmm.......

Thursday 4 August 2016

BookShelve Idea


Assalam & hye...
Oleh kerana rak buku kat rumah masih lagi rompong. Nak kena cari lebih buku lagi tapi nak tunggu serigala besar jahat Disember ni. Pasal time BBW je dapat buku murah-murah dan jauh lebih berbaloi dari beli kat bookstore T.T. So mohon bertabah buat masa ni. Jumpa page kat BW gambar bookshelve nih. Terus terpikat n jatuh hati....


Wednesday 3 August 2016

Independent


Assalam & hye...
Setelah hampir 12 tahun ada lesen kereta tapi jarang..... jarang or tak pernah langsung pegang kereta sejak kahwin. Now kene independent memandangkan incik Usben dah tak kerja kat UKM lagi dan dapat kerja lain di KL dengan masa kerja yang berbeza dengan saya, so nak taknak terpaksalah berdikari sendiri T.T tak boleh harap orang lain dah.Mujur ada Ayah yang sangat memahami, sanggup korbankan kereta kesayangan bagi anak pinjam sebab anak tak pandai bawak kereta Manual. Thank you Ayah....kena biasakan diri dengan steering balik. Rasa macam baru ambik P hahaha and setiap pagi pergi lewat sikit dalam pukul 8.30 sebab kat kajang ni tak banyak sangat kenderaan kat jalan waktu ni T.T.  Belajar parking kereta sebab memang dari dulu failed, dua hari mintak ihsan officemate tolong parking kan huhu tapi Alhamdulillah hari ni berjaya parking sendiri berkat semalaman tengok youtube cara parking T.T, anyway walaupun senget sikit tapi janji masuk kotak muahahahaha ok la kan at least ade achievement huhu.
Till then xoxo