Monday 2 May 2016

LaundrY RooM ParT II

Assalam & Hye
Entry sebelum ni saya ada cerit apasal Laundry room make over. Dah settle dah buat, tapi nak touch up sikit, mula-mula saya buat decor macam ni.
Pokok keladi yang mula-mula saya letak tu saya dah alihkan, dah pulang semula pada Shahrul. So sebagai ganti saya ke Romantika cari Pokok pelesu letak dalam pasu Ikea tu. Atas rak tu saya letak sabun serbuk je, pastu rasa macam ada yang kurang je, tak kena pada mata saya. So hari Ahad lepas, kawan saya ajak keluar ke Mines, sempat singgah Daiso dan beli barang sikit untuk decor. Plan asal nak cari wire basket je nak letak kat rak tu, tapi saya jumpa barang lain yang saya rasa lebih sesuai untuk decor.
Ni antara barang-barang yang saya beli. Bekas Plastik Daiso, wire basket, scoop comel dan chalkboard signage. Balik rumah, tak sabar-sabar terus decor bekas tu dan isi sabun serbuk laju-laju so hasilnya.........
Saya rasa lebih better dari gambar mula-mula tu, bekas tu pun agak praktikal daripada bekas kaca sebab ada penutup yang boleh bukak dan tutup kat atas tu.






Keseluruhan ruang dobi saya. Rasanya cukup setakat ni dulu untuk ruang dobi. Till then xoxo.


Psst: Saya dah beli Console table baru, nanti saya shared cara saya decor. Okbai

2 comments:

  1. sy sgt like makeover laundry room rumah ain..kemas dan sy akan copy paste idea ni..hehe

    ReplyDelete
  2. sy sgt like makeover laundry room rumah ain..kemas dan sy akan copy paste idea ni..hehe

    ReplyDelete

Note: only a member of this blog may post a comment.