Thursday 7 April 2016

Update New Bedroom Makeover

Assalam & Hye
Setelah sekian lama berhibernasi dari dunia decor. Bebaru ni mood itu kembali berputik haha So banyak tempat yang kami buat pembaharuan antaranya dapur, ruang tamu dan bilik tidur utama. Bukan apa dah bosan sangat dengan keadaan bilik tidur kami tu. Kali ni nak mood baru, nak suasana baru so haruslah kena buat sesuatu huhu. Anyway kami cat bilik kepada color cream2 kuning untuk ruang yang lebih luas. Sebelum ni cat putih je. So meh cuci mata dengan gambar kat bawah ni


Yang atas ni pemandangan waktu malam dengan lampu-lampu huhu gambar ni saya ambil lepas kami siap kemas dan hias bilik ni. Kami pilih perabot putih sebab saya suka sangat perabot warna putih. Bagi saya warna putih senang nak matching dengan apa-apa warna. Perabot tu saya beli di kedai Perabot area Prima Saujana.. Harga sangat berpatutan, bawah RM1K untuk Katil, Meja Solek dan Almari. Perkhidmatan penghantaran pun memuaskan walaupun terlewat satu hari dari tarikh yang dijanjikan, tapi takpelah manusia kan ada buat  kesilapan huhu. Side table dan lampu saya beli di Ikea je memandangkan set yang saya beli tu tak include side table. Kalau ada side table harga jadi lain, dan saya rasa tak worth it sebab dapat satu je side table dan harga agak mahal la. So kami decide beli di IKEA je. Satu meja tu berharga RM29.90, so beli dua letak kiri kanan katil.


Yang ni pemandangan siang. Nanti nak ke IKEA semula untuk cari Almari untuk simpan buku-buku kesayangan saya. Selama ni simpan dalam kotak je.

Nak letak sebelah alamari ni. Ruang ni ade kosong lagi since almari yang kami beli tu kecil je huhu. Berkenan dengan almari kat Ikea ni.
 Hopefully ade stock lagi huhu Anyway rasanya setakat ni dulu. Insyallah nanti nak share pasal console table, sedang mencari console table yang sesuai nak ganti console table yang lama. Till then xoxo

No comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.