Nak share pasal rak dekat bawah tangga. Bawah tangga kat rumah kami, Shahrul letak Akuarium pasal dia suka sangat ikan, then ada satu rak tiga tingkat yang dia beli dari zaman bujang lagi. Rak tu okay lagi condition dia, cuma kami... eh..
So kami ke IKEA lagi dan sambar satu lagi rak Laiva dari Ikea. Harganya sangat berpatutan dan senang nak pasang.
So hasilnya:
Seperti biasa saya minimize kan kuantiti hiasan dan susun simple-simple je. Tapi ehh... matching pulak kotak dengan bunga tu, tak rugi capai senyap-senyap kotak tu, pastu time nak bayar Shahrul tanya dari mana datang menda ni, bini buat-buat tak dengar lalalalaa..
Lebih kemas kan? Next time saya shared Laundry Organizing. Alang-alang dah ke IKEA tu saya ada beli beberapa barang nak makeover ruang laundry tu, nanti saya share. Ok till then xoxo
No comments:
Post a Comment
Note: only a member of this blog may post a comment.