Monday 10 February 2014

Berjimba-Jimba ke Lumut Perak

Salam & hye
Selamat berhujung minggu, hujung minggu kami kali ni kami ke Lumut Perak.

Memang tak rancang pun, hari Sabtu tu Shahrul ade buat over time kat tempat kerja, dia balik dalam pukul 3 petang. Kami golek-golek depan tv bincang nak pergi jalan-jalan. Mulanya nak pergi Bukit tinggi, tapi tak jadi sebab Shahrul tak tahu jalan nak ke sana. Last-last kami decide ke Lumut je, pergi rumah maksu saya kat sana. Kami gerak dari Kajang dalam pukul 4 dan sampai kat Lumut pukul 8.00 pm. Sampai je, terus bersihkan diri dan solat. Lepas tu, Maksu bawak pergi Sitiawan makan kat Strawberry Cafe. Tak sempat nak ambik gambar sebab anak bongsu dia dah mengamuk kat situ hihi. Dalam kelam kabut tu, cepat-cepat habiskan makanan. Menu kat situ memang banyak,saya pilih BBQ Chicken Chop & White Coffee je. Tak tahu lah sejak akhir-akhir ni addict dengan Chicken Chop hihi
sumber
Malam tu, diorang bawak kami pusing-pusing sekitar lumut dan Marina Island. Dalam pukul 12.00 jugak kami balik rumah,esok pagi-pagi lagi diorang bawak kami sarapan kat area Sitiawan, tempat tu betul-betul dekat dengan nelayan yang bawak ikan fresh dari laut ke darat. Memang meriah sangat, sempat sambar Ikan Kerapu dan Ketam. Memang murah sesangat harganya. Kat KL memang takkan dapat harga camtu. Balik je rumah, apa lagi Ketam tu masak Sup dan Kerapu pula buat Sweet Sour. Memang puas sangat-sangat makan seafood yang betul-betul fresh. Lepas makan, kami relax-relax dulu pastu dalam pukul 5 petang keluar jalan-jalan kat Teluk Batik
sumber
Orang memang ramai time ni, kami tak mandi-manda pun, just relax ambik angin laut jer. Tenang je rasa duduk tepi laut huhu tapi takleh selalu nanti sun burn. Kami gerak ke Kajang dalam pukul 9.00malam. Time tu sempat lagi pekena Char Kuey teow Perak.
sumber
Memang yummylicious! udang banyak sangat huhu makan dengan girang gumbira =) Walaupun agak penat sebab dua hari jalan jauh non-stop tapi happy sangat. Kadang-kadang kalau plan sesangat mesti tak jadi, tapi kalau on the spot walaupun penat tapi sangat fun huhu acane weekend korang?? till then xoxo

No comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.