Sunday 17 November 2013

What A Day!!!

Salam & Hye,
Selamat berhujung minggu. Weekend saya kali ni sangat padat! huhu. Pagi Sabtu kami laki bini bersiap awal-awal pagi nak ke UKM tengok Haziq,anak sedara kami buat persembahan menari Bollywood huhu. Kami sampai awal dalam pukul 8.15pagi di Dewan Anwar Mahmod, UKM tapi pukul 9.30 baru majlis bermula. Majlis ni sebenarnya Graduasi Tunas Permata UKM untuk kanak-kanak 6 tahun tapi kanak-kanak 4 & 5 tahun pun ada buat persembahan termasuklah anak buah kami tu,

Ni gambar lepas persembahan, menari lagu Bole churriya (betul ke ejaan ni?) dari filem Kabhi Kushi Kabhi Gham huhu, nasib dia nak menari, Haziq ni pemalu kalau orang ramai tengok dia huhu. Dalam pukul 10.30 majlis pun berakhir, kami terus ke Semenyih nak jalan-jalan kat Rabbit Farm. Masuk RM5/person, kat situ boleh tengok dan bagi makan Arnab, Kambing, Rusa, Lembu dan lain-lain.

Sempat juga saya rasa Nasi Gorang Arnab, satu plate RM28 kalau tak silap saya, boleh makan ramai-ramai sebab memang banyak
Nasi goreng ni simple je, letak telur, daun bawang dan isi daging Arnab je. Kami jalan-jalan kat situ dalam sejam je pastu terus gerak ke KL bawak Haziq jalan-jalan kat Time Square pulak.



Jalan-jalan kat sini, cuci mata je. Sempat laki bini survey harga masuk Theme park kat dalam Mall ni, hari ni tak sempat nak main roller coaster maybe akan datang semula lain kali, memasing dah pening sebab ramai sangat orang kat dalam mall ni, maybe sebab cuti sekolah dah start kot. So kami decide nak pergi Putrajaya pulak, sebab Haziq nak tengok Dinasour kat Marina Putrajaya. Gerak dari KL ke Putrajaya dalam hujan lebat, nasib baik bila sampai kat Putrajaya hujan dah teduh. So melayan si Haziq dengan Dinasour-Dinasournya dalam sejam kat situ. Kami makan kat Cafe area Marina tu sambil tengok orang main jetski, sempat jugak survey Swimming Pool kat tingkat 1 bangunan tu, memang best. RM5/person. Nanti boleh lah mandi manda kat situ pulak. Tengah syok jalan-jalan, mak saya call bagitahu maksu saya dari Perak dalam perjalanan nak balik ke Segamat. Mak kata kalau nak balik ikutlah Maksu. Bila Shahrul izinkan saya balik, ape lagi girang gumbira lah hati bininye ni bila suruh balik kampung jumpa mak huhu. Malam tu Shahrul hantar saya di Saujana Putra,Shahrul tak dapat nak balik sama-sama sebab ada kerja. So saya je balik sorang-sorang. Oleh kerana takmo susahkan maksu saya kena masuk Kajang semata-mata nak ambik saya. Kami suruh dia tunggu tepi Highway je. Sampai Segamat dalam pukul 12.30 malam. Sehari suntuk saya berjalan hari ni, penat giler huhu Tapi tak lama pun kat Kampung Ahad petang dah balik Kajang semula sebab Maksu saya kerja hari Isnin, so kena balik Perak hari Ahad jugak. Anyway walaupun weekend ni padat tapi sangat happy sebab dapat jumpa Mak Ayah dan Family tersayang. Maybe next weekend akan Super padat, tengah plan nak buat Surprise birthday party untuk Shahrul Ahad depan. Tapi tak ada idea lagi huhu. Wish me luck and thanks for reading till then xoxo

2 comments:

  1. ada dinosour kt marina putrajaya ye? wow.. kena pi terjah ni.

    ReplyDelete
  2. kat pusat komuniti putrajaya tu pon bnyk swimming pool. Bleh la bawa anak2 gi mandi manda.

    ReplyDelete

Note: only a member of this blog may post a comment.