Tuesday 15 October 2013

Salam AidilDha


Salam & hye,
Salam Aidiladha kepada semua bloggers. Tahun ni, saya sambut Aidiladha berdua je dengan Shahrul, sebab kami tak balik kampung. Shahrul pun cuti sehari je, so kami decided raya kat Kajang je T.Tsob..sob.. Inilah first time saya raya berjauhan daripada Mak dan Ayah. Bila dengar takbir raya hati jadi sayu je. Bukannya tak boleh balik sorang. Akak ipar saya offer ikut dia balik kampung, Shahrul pun dah bagi keizinan kalau saya nak ikut akak ipar saya balik kampung raya dengan family saya. Tapi saya tak sampai hati nak biarkan Suami saya raya sorang-sorang kat Kajang, memang TAK lah kan huhu. Nasib baik family saya dan mertua faham, tapi bila Ayah ngan Mak tipon pagi raya rasa cam nak nangis huhu T.Tsob..sob. ( dah kawin pun nak manje-manje ngan mak lagi *pang* ) Saya memang manja dengan Mak Ayah, saya cuma dua beradik, kalau saya tak balik kampung, lebih-lebih lagi bila hari raya memang Mak dan Ayah rasa sunyi. Kalau saya tak sihat, Mak dengan Ayahlah yang paling risau, asyik call tanya keadaan saya. Besarnya kasih sayang Mak dan Ayah. Tetiba rasa rindu sangat dengan mereka, tapi tulah keadaan sekarang dah banyak berbeza berbanding masa saya bujang dulu, kewajipan saya sebagai Isteri wajib saya jalankan. Anyway takmo cite pasal tak balik raya lagi, nanti saya nangis T.T huhu. Walaupun raya berdua, persiapan raya haruslah ada, walaupun ala kadar je huhu. Malam raya baru sibuk laki bini cari lauk untuk masak juadah raya. Saya kurang sihat beberapa hari ni, demam tu yang tak sempat nak sediakan keperluan raya awal-awal. Buat kerja last minutes memang leceh, pergi Econsave Jalan Reko beli semua keperluan, semua bahan dapat dibeli kecuali Ayam. Ayam memang licin, maybe sebab raya kot semua orang beli Ayam huhu. Settle beli barang kat Econsave, berlari laki bini cari Ayam kat kedai runcit, pergi dua tiga kedai tapi semua Ayam dah habis. Saya cakap kat Shahrul kalo takde kedai jual Ayam, kita makan Drummet jelah pagi raya T.T sob..sob. Gigih Shahrul Drive sampai Kajang Utama dan Alhamdulillah rezeki kami, Kedai last kami pergi tu masih ada  Ayam, Syukur, dapatlah makan Ayam masak merah resipi Mak esok =) Memang dah fikir menu apa nak buat sebelum keluar beli barang. Balik rumah, saya buat kerja laju-laju. Bersihkan Ayam dan terus goreng. Sementara tunggu Ayam masak, saya kemas semua barang-barang yang dibeli tadi. Buat kerja sorang-sorang kena pantas, bila Ayam dah siap goreng, saya terus masak Ayam masak merah. Settle je masak Ayam saya terus rebus Ketupat mini, memang sengaja masak Ayam dulu, sebab ketupat mini tu ambik masa untuk masak. Saya memang nak masak ketupat dan Ayam masak merah tu awal-awal, esok pagi takdelah saya kelam kabut nak buat semuanya. Sementara tunggu ketupat saya siap masak, saya potong segala sayur mayur untuk buat kuah lodeh esok pagi dan sediakan bahan-bahan untuk buat kek coklat. Segalanya siap pukul 12.30 malam. Esoknya pagi-pagi lagi saya dah bangun, sebab nak sediakan dua juadah terakhir. Oleh kerana segala bahan-bahan saya dah siapkan awal-awal, pagi tu kerja saya berjalan lancar.Mula-mula masak kuah lodeh, bila dah siap masak. Saya terus cairkan coklat dan butter. Sementara tunggu coklat cair, pukul telur dan gula lelaju. Campo semua bahan-bahan. 10 minit lepas tu terus bakar dalam Oven. So inilah juadah kami pagi raya ni
 Menu: Ketupat mini, Kuah lodeh, Ayam masak merah dan Chocolate Cake. Saya masak simple-simple je, nak isi perut kitaorang berdua je pun huhu. Tunggu Shahrul balik dari Sembahyang raya dulu baru makan sesama. Setengah jam lepas tu, kerjakan menda nih pulak
..
...
...
...
...
......
..........
.......
..............
.......
..
...
....
......
.....
....
....
.....
.........
...
...
..
....
....
heavennya, makan coklat cake panas-panas dan hot chocolate huhu. So korang macam mana? mesti seronok dapat balik kampung halaman kan. Anyway selamat hari raya Aidiladha untuk korang semua. Till then xoxo

3 comments:

  1. memang tak sampai hati kan kalau kite isteri ni nak balik kampung walaupun suami dah izinkan. memang tak sampai hati nak tinggalkan suami sendirian..

    selamat hari raya

    ReplyDelete
  2. betul, kesian dia tgl sorang2, hari raya pulak tu hehe
    Selmat hari raya utk cik hani jgk :)

    ReplyDelete
  3. salam aidiladha jugak buat u ngn family.

    ReplyDelete

Note: only a member of this blog may post a comment.