Monday 1 July 2013

Nak beli benda lain, TERBELI benda lain!!


Salam & hye,
Makin dekat nak puasa ni, makin teruja jadinya. Dah sibuk nak cari Baju raya, kasut raya, kuih raya.. pendek kata semuanya raya lah, tapi.. balai raya, bunga raya, jalan raya, hantu raya errrr... yang ni semua tak masuk dalam senarai hihi. Semalam lepas maghrib saja keluar ke Cheras, misi nak mencari baju raya, kasut raya etc. Kami ke Giant Batu 10 Cheras, kat situ ada kiosk yang jual baju kurung, baju melayu etc. Sebelum ni, saya tengok baju kurung moden cotton, cantik-cantik dan murah kat situ.
tapi bila pergi takde pulak yang berkenan di hati. Ingat nak cari something yang camni..
huhu ok ke? nak beli dress buat baju raya. Saya nak cari warna Grey. Nak padankan dengan baju Melayu Shahrul. Baju Melayu untuk dia saya dah sediakan awal-awal. Nanti nak cari T-shirt dan Sandal je untuk dia. Nak dekat bulan Puasa dan Raya nih, mesti Padinni, Vinnci, Diesel etc buat sales. Nanti boleh tengok kalau ada yang berkenan, boleh beli terus. Tinggal baju untuk saya jer, sebelum ni dah ada dua pasang baju kurung moden, hadiah dari Mak mentua. Nak cari lagi sepasang jer, ada jumpa dress labuh plain warna grey, harga dalam RM190. Saya berkenan, cuma tunggu Subsidi dari Husband je untuk beli hihi :) Berbalik cerita ke Cheras tadi, dah baju-baju tu saya tak berkenan, saya terpandang kiosk jual barangan Inggeris. Haruslah terjah. Sambar barang-barang nih.
Tray cupcake dan Fridge magnet. Suka sebab comel, Fridge magnet tu saya memang nak beli, warna pink je yang takde, tapi takpe boleh beli online je nanti.
balik rumah terus letak kat sini
Argghhh.. kalau fikir nak buat persiapan untuk puasa dan raya ni boleh pening. Banyak sangat nak kena beli, dah la takde pengalaman. Takpe-takpe boleh belajar melalui pengalaman hehe. Anyway setakat ni dulu, korang semua dah buat persiapan ke? meh kongsi dengan saya. Mana tau pengalaman persiapan raya dan puasa korang boleh saya jadikan rujukan, Insyallah. till then xoxo

No comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.