Sunday 7 July 2013

Kisah Gas Habis

Salam & Hye,
Malam weekend, kami tak ke mana-mana. Lepak kat rumah dan tengok tv je. Shahrul request nak makan burger. So bini dia yang tak berapa nak rajin ni, terpaksalah merajinkan diri ke dapur. Dah keluarkan daging burger dari peti sejuk beku, butter, salad, sos dan roti. Tetiba masa nak petik api kat dapur gas. Api takmo keluar. Petik-petik takmo keluar gak. Rupa-rupanya gas dah habis, dah 9 bulan pakai sejak pindah kat sini memang patut pun habis huhu So terbantutlah hasrat nak makan burger. kena qada' esoknya lah. Keesokan paginya, Shahrul pergi kedai runcit terdekat,nak beli gas. kena bayar RM29??? mahalnye harga gas sekarang ni???? ( ke kitaorang yang tak pernah beli gas hihi )
Dalam pukul 10.30 pagi budak penghantar gas sampai kat rumah nak hantar gas. Tapi dia bawak tong gas warna kuning dan lagi besar daripada tong gas saya. Dalam hati, patutlah harga RM29. Lepas tu dia cakap Tong gas saya ni kecil 12kg, tong gas yang dia bawak tu besar 14kg, so saya kena tambah RM15 lagi. Bila tanya, takde ke yang 12kg. Dia kata memang dah takde, nak tak nak terpaksa lah bayar. Sebelum balik dia tanya saya, " Akak Jual Cupcake ke? Penuh Cupcake nih?" ptffffff... saya jawab, ni deko je huhu. Elok je pasang gas terus masak untuk makan tengah hari.

menu makan  tengah hari, Ayam masak kunyit, telur dadar dan Tom yam  till then xoxo

No comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.