Thursday 18 July 2013

BlackBoaRd iN tHe kiTchEn

Salam & Hye,
Hari ni nak shared tentang idea letak Blackboard atau papan hitam kat dapur. Selalu korang tengok Blackboard kat dalam kelas masa sekolah dulu kan, now kalau nak letak kat dapo pun takde hal hehe. Kalau takde blackboard dan nak gantikan dengan white board pun takde masalah. Cuma blackboard bagi saya nampak cantik sikit. Kat sini saya shared gambar yang menarik untuk kita jadikan panduan:




Idea ni saya praktikkan kat dapur saya kerana.......emmm  * tidak melebihi 100 patah perkataan*
1. Boleh tulis menu atau resipi yang kita nak cuba, kalau tulis atas kertas takut kita terlupa kat mana kita simpan kertas tu
2. Boleh tulis senarai barang dapur.
3. Boleh jugak dijadikan Memo =)
Anyway, kat sini saya shared gambar blackboard saya
Emmm.. saya rasa blackboard saya ni ceria sangat hehe Saya beli blackboard ni masa awal-awal kawin dulu. Harganya dalam RM11 kalau tak silap saya, saya beli kat kedai alat tulis di Bangi. Anyway Saya memang tertarik dengan idea blackboard dalam dapur ni, tapi sebelum ni saya letakkan di rak cupcake sebab nak background tema hijau kat rak tu, since saya dah ubah deko atas rak tu, maka blackboard ni saya alihkan. Saya gantung dekat dinding antara dapur dan bilik Pantry. Setiap bulan saya akan tulis grocery list kat atas sticky note dan tampal je kat blackboard ni ( Aik?? tadi kata kalau tulis atas kertas takut lupa simpan kat mana??? ) huhu sabar, ni nak bagitau sebabnya. Idea lekat sticky note camni lebih berkesan saya rasa, kalau tulis kat blackboard senarai barang dapur,nanti masa nak beli barang dapur saya terpaksa salin semula kat kertas. Ini kerana saya tak suka buat kerja dua kali  So penyelesaiannya saya lekat je sticky note, bila hujung bulan dan dah sampai masa untuk shopping barang dapur, saya tarik je sticky note ni memang sangat mudah! dan kalau ada apa-apa aktiviti yang tak memerlukan saya salin semula apa yang saya tulis atas kertas contohnya tarikh-tarikh jemputan kawin, perkara-perkara yang perlu saya buat, kerja rumah yang perlu diselesaikan dan sebagainya baru saya tulis dengan kapur.
Sekarang kan bulan puasa, so kat bawah tu saya lekatkan senarai waktu berbuka, Imsak dan Waktu Sembahyang Fardu. Lekat camtu senang sikit nak rujuk. Anyway, ini je yang saya nak shared, kalau korang rasa idea ni ok dan boleh jadikan panduan untuk korang, sila lah cuba. Ok lah sampai sini dulu, saya nak prepared bahan-bahan memasak untuk buka puasa nanti hehe till then xoxo =)

No comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.