Thursday 6 June 2013

The Baking Zone

Salam & hye..
Siapa setuju kalau saya cakap " Baking is Theraphy" ??
Dulu masa bujang, saya memang tak berminat pun dengan aktiviti membaking ni.  Sejak saya berkahwin, baru timbul minat dengan Baking. Suka setiap kali apa yang kita nak buat menjadi! Agaknya itulah yang membakar semangat saya untuk teruskan aktiviti Baking ni. hehe. Saya mula kumpul pekakas-pekakas dan bahan-bahan untuk membaking. Lagipun minat saya ni bermula bila Saya perhatikan yang Shahrul suka sangat makan Biskut Chip Coklat. Di rumah, memang sentiasa ada stok Biskut untuk dia. Dia suka sangat makan biskut terutamanya masa tunggu saya siap masak makan malam. Nak alas perut katanya. So saya terfikir nak buat sendiri Biskut Coklat untuk Shahrul. Saya buat satu adunan je dan Alhamdulillah dia sukakan Biskut tu. Siap request suruh buat lagi kalau saya ada masa hehe.
Anyway,  Masa tunggu biskut masak, saya sempat kemas-kemas kawasan Bakeri saya tu. Saja nak tengok mana tau ada perkakasan yang dah kehabisan dan perlu dibeli. Sebelum ni, saya ada tulis post tentang measuring cups. Saya cuba cari measuring cup yang comel-comel macam yang saya jumpa di internet. Tapi malangnya memang takde. So saya ambil jalan mudah dan beli je measuring cups kat Daiso, The Mines. Saya beli warna kuning sebab takde pilihan lain. Tapi haritu pergi Daiso kat Puchong.Saya tengok ada colour pink. cis! tapi tak teringat pulak nak capai. Balik rumah baru  perasan yang saya lupa nak beli. haihhh... nanti kalau pergi lagi, nak beli jugak color pink tu. Measuring Cups kuning tu, nanti saya bagi pada adik saya je, sebab dia pun suka baking membaking ni emmm.. rasanya bukan suka tapi dia  lebih pakar dari saya hehe. Dalam mengumpul pekakas-pekakas Baking ni, saya sedar bahawa pekakas-pekakas yang saya beli ni perlu satu tempat untuk disimpan.   Supaya nanti senang nak capai, jadi saya beli je satu bakul kecik. Sebelum tu, saya selongkar beberapa gambar kat google untuk dijadikan rujukan dalam menyimpan pekakas Baking dengan kemas.

Saya suka tengok blog iheart organizing. Memang sangat memberi inspirasi. Tapi saya takde space macam ni kat rumah saya :( Tapi takpe, kita boleh buat organizing ikut kemampuan kita. Janji ada usaha :)  Okey, saya sempat snap gambar sebelum saya selongkar pekakas-pekakas Bakery saya ni.

Ok, start menyelongkar.
.......................
........................
...................
.
.....................
...............
.
..................
.
......................
...................
..................

Ye! Pekakas-Pekakas saya ni sikit je. Saya pun masih baru nak cuba-cuba bakat dalam membaking ni. So saya kumpul sikit-sikit dulu. Buat kek atau Biskut yang simple2 hehe. Nanti kalau dah pandai baru boleh tambah koleksi macam dalam blog abowlfulloflemons tu huhu.
Ok, ni dah masukkan dalam bakul semula. Saya baru perasan yang saya takde Piping bag, saje la kan mana tahu ada gunanya nanti. Lagipun bulan Ramadhan kan dah tak lama lagi. Saya berangan nak buat Biskut Raya sendiri kalau keadaan mengizinkanlah hehe Nanti kita tengok sama-sama menjadi ke tak biskut raya saya tu :) Wish me luck hehe.


5 comments:

  1. seronoknya pandai baking. saya tak pandai. setakat masak lauk je boleh. bertuahla suami...

    ReplyDelete
  2. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  3. dok kt kjg..leh pegi bagus bakeri dkt belakang metropoint tu. leh la borong stok bahan bakeri kt sana. segala cheese, tepung instant, utencil. nnt leh buat pizza and western food.

    ReplyDelete
  4. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  5. Zarith: Sy xdelah pandai sgt baking ni, baru je blaja hehe.
    Miss N: Pizza sy x penah buat lagi, tp nanti2 blh cuba

    ReplyDelete

Note: only a member of this blog may post a comment.