Sunday 9 June 2013

Decoration Cupcake Kitchen again

Salam & Hye,
Selamat berhujung minggu! 
Hujung minggu kami kali ni, kami ke Cheras. Misi mencari Cupcake seramik dan  nak jumpa kawan baik saya Koh Cindy. Lama sangat tak jumpa dia sekali jumpa memang meriahlah dengan amoi ni punya gelak :) Kami jumpa kat dalam Jusco tu jugak. Pergi minum kat Old town dan borak-borak dengan dia. Seronok sangat dapat jumpa dia. Lepas ni, tak tau bila pulak nak jumpa dia. 
Gambar kenangan masa Camping tahun 2012
Anyway, berbalik kepada cerita asal tadi, saya sengaja ajak Shahrul teman saya jalan-jalan ke Jusco Mahkota Cheras. Saya nak pergi Daiso sebenarnya. Nak tengok kalau-kalau ada koleksi Cupcake yang saya belum miliki lagi. Then Saya jumpa cawan Cupcake yang cute sangat. So apa lagi, sambar ajelah. RM5 je pun hehe. Sayangnya mug cupcake tu ada tiga je. Nanti-nanti ada masa nak ajak Shahrul pergi Daiso tempat lain, nak beli lagi tiga. Baru complete :)
hasil tangkapan kat Daiso & Jusco ( Towel Cupcake tu subsidi dari Suami )
Sampai-sampai je rumah saya terus deko semula dapur saya. Susun semula semua cupcake supaya nampak kemas dan cantik. Bila tengok saya sibuk buat deko kat dapur, Shahrul geleng kepala je tapi tak cakap pape huhu. Pukul 1.30 pagi baru selesai, kat sini saya kongsikan gambar dapur saya yang tak seberapa tu.

Yang ni baru je ubah, sebelum ni ada black board saya tukar dengan tray cupcake ni. Tapi takut jatuh, so saya simpan semula. Nanti nak cari piring cupcake yang kecik sikit nak letak kat sini. 



frame kecik tu frame tiga serangkai. tapi saya buang tali tu, dan letak kat dinding untuk gantikan tray hijau dulu tu. Dah letak frame ni barula cantik sikit. :) 

Simple je saya decorate ni. Nanti nak ubah sikit furniture kat dapur ni. Saya dah ada idea baru, nak kasi lagi organized. So kalau nak tau, tunggu saya update entri yang baru ye, till then xoxo. 

No comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.