Monday 13 May 2013

Change!



Salam & Hye,
Oleh kerana semalam saya mc sebab tak berapa sihat, Pagi ni saya terbangun lewat.So apalagi kelam kabut lah kami Suami Isteri. Kebiasaanya setiap minggu saya akan luangkan masa setengah jam untuk Iron semua baju kerja untuk seminggu kecuali kain tudung. Biasanya saya akan gosok tudung pagi sebelum pergi kerja.Akibat terkocoh-kocoh nak bersiap, mandi dan nak gosok tudung. Maka Terjadilah satu tragedi! Mungkin sebab saya nak cepat dan buka suhu tinggi sampai kain Iron board saya terkoyak,  Nasib baik kain Iron Board yang koyak dan bukan tudung.
 Dengan keadaan kat atas ni, maka ada alasan untuk shopping kain! Saya beli kain English Cotton untuk gantikan kain lama tu. Saya beli kat kedai kain belakang Office saya ni, murah je RM20/meter. Saya pilih corak Teapot.
 Memang takde kena mengena dengan Iron pun. Tapi corak ni je saya rasa cute. Ada corak lain, tapi tak cukup setengah meter. Balik kerja saya minta pertolongan Shahrul untuk gantikan kain ni, sebab berbanding saya. Dia lebih teliti hal-hal macam ni. Di sini saya kongsikan gambar proses menggantikan kain papan Iron saya tu.


In Progress
 .....................
..................
..................
...................
..................
...............
.................
............
Taraa... siap jugak akhirnya. 


Tapi lepas siap tu baru perasan terbalik! hmmm frust T.T nak bukak balik takut koyak pulak.So saya tutup je mata dan terpaksa alihkan Iron Board tu kat tepi tingkap. Masa kat kedai tu, saya sempat sambar corak Aiskrim ni. Cadangnya nak jadikan alas meja makan.Corak ni aje yang ada, corak cupcake kakak tu tak jual pulak... T.T sekali lagi  frust! hehe


2 comments:

  1. salam dear.... boleh tau kedai mana beli kain english cotton ni? tq

    ReplyDelete
  2. wsalam, sy beli dekat kedai Taman Putra Kajang kak,

    ReplyDelete

Note: only a member of this blog may post a comment.